mahupun seorang muslim dan muslimah

kehidupan kita sama saja tapi yang menbezakan kita adalah iman dan takwa seorang itu..............renunglah kata-kata ustaz.disitu ada kebenaran akan terbongkar.

Selasa, 1 Mac 2011

Peringatan Jibrail Mengenai Neraka Jahannam

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

        Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu besar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

        Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

        Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

        Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda (iaitu yang lebih bawah lebih panas)."

        Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

        Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang Nasara bernama Sa'eir."

        Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

        Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

        Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."

        Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

        Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

01.     Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
02.     Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
03.     Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
04.     Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
05.     Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
06.     Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
07.     Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
08.     Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
09.     Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10.     Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.    Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Nastaghfirullah

Mudah-mudahan peringatan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.




Wallahu'alam.

Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi

        Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

        Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainnya.

        Dalam sebuah hadis, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
            "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu"
(Hadis riwayat Baihaqi)

        Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, Kalau dia buat baik, dikagumi, apabila buat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

        Oleh sebab itu Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

        Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

        Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
            "Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"

        Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syari'at, malah neraca akalpun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

        Barangkali wanita hari ini kebanyakkanya tidak malu atau kurang malu. sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

        Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

        Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam, kemungkaran berlaku, tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

        Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

        Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya. tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia, dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

        Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
            "Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat."



Wallahu'alam.

Suara Yang Didengari Mayat

Assalammua'laikum warahmatullahi wabarakatuh ... 
Yang akan ikut mayat adalah tiga:
        - Keluarga,
        - Hartanya, dan
        - Amalnya.

Ada dua yang kembali dan satu tinggal bersamanya;
        - keluarga dan harta akan kembali
        - maka yang tinggal adalah amalnya.

Ketika roh meninggalkan jasad, terdengar suara dari langit memekik;
"Wahai Polan anak si Polan! Apakah kau yang telah meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu? Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan atau kekayaan yang telah menumpukmu? Apakah kau yang telah menumpuk dunia atau dunia yang telah menumpukmu? Apakah kau yang telah mengubur dunia atau dunia yang telah menguburmu?"

Ketika mayat tergeletak akan dimandikan, terdengar dari langit suara memekik;
"Wahai Polan anak si Polan! Mana badanmu yang dahulunya kuat? Mengapa kini terkulai lemah? Mana lisanmu yang dahulunya fasih? Mengapa kini bungkam tak bersuara? Mana telingamu yang dahulunya mendengar? Mengapa kini tuli dari seribu bahasa? Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia? Mengapa kini raib tak bersuara?"

Ketika mayat siap dikafan, suara dari langit terdengar memekik;
"Wahai Polan anak si Polan! berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha Allah. Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah. Wahai Polan anak si Polan, kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal. Kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya. Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."

Ketika mayat diusung, terdengar dari langit suara memekik;
"Wahai Polan anak si Polan! berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan, berbahagialah apabila matimu diawali taubat, berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat."

Ketika mayat siap dishalatkan, terdengar dari langit suara memekik;
"Wahai Polan anak si Polan! Setiap pekerjaan yang kau lakukan, kelak kau lihat hasilnya di akhirat, apabila baik maka kau akan melihatnya baik dan apabila buruk, kau akan melihatnya buruk."

Ketika mayat dibaringkan di liang lahat, terdengar suara memekik dari langit;
"Wahai Polan anak si Polan! Apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini? Wahai Polan anak si Polan! Dahulu kau tertawa kini dalam perutku kau menangis. Dahulu kau bergembira kini dalam perutku kau berduka. Dahulu kau bertutur kata kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa."

Ketika semua manusia meninggalkannya sendirian, Allah berkata kepadanya;
"Wahai hammba-Ku, kini kau tinggal seorang diri, tiada teman dan tiada kerabat di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap. Mereka pergi meninggalkanmu seorang diri padahal, karena mereka kau pernah langgar perintahKu. Hari ini, akan Kutunjukan kepadamu kasih sayang-Ku yang akan takjub seisi alam. Aku akan menyayangimu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya."

Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman;
"Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya, maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam jannah-Ku."

Wallahu'alam.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.


Assalammua'laikum warahmatullahi wabarakatuh ... 
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD (Sallallahu 'alaihi Wassalam)
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

    Wahai manusia!

    Dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

    Wahai manusia!

    Sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.



  

  Wahai manusia!

    Sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    Wahai manusia!

    Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH , dirikanlah sembahyang lima kali sehari , berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam Taqwa dan Beramal soleh.

    Ingatlah! Bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-sekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku

    Wahai manusia!

    Tiada Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah al-Quran dan Sunnahku.

    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada yang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

Wallahu'alam.

Keutamaan Surah Al-Mulk


Assalammua'laikum warahmatullahi wabarakatuh ... 
Sabda Rasulullah s.a.w.:
        "Dialah (Surah Al-Mulk) suatu pendinding, dan dia penyelamat yang menyelamatkan daripada siksa kubur". (Riwayat Tirmizi - Hasan Gharib)

Dan kami meriwayatkan daripada Abd bin Humaid, daripada Ibrahim bin Al-Hakam, daripada ayahnya Ikrimah, daripada Ibnu Abbas r.a. yang berkata kepada seorang lelaki:
"Mahukan kau aku berikan sesuatu pesanan yang kau akan bergembira dengannya?"
Jawab lelaki itu: "Berilah!"
Katanya: "Baca Surah (Al-Mulk), hafalkannya dan ajarkannya kepada isterimu, anak-anakmu, kaum keluargamu serta jiran-jiranmu, kerana dia itu adalah penyelamat dan pembela yang akan membela pembacanya dihadapan Tuhannya di hari Kiamat, sambil memohon Tuhannya untuk menyelamatkannya dari siksa api neraka. Jika Surah itu ada di dalam dadanya, dan Allah akan menyelamatkannya juga dari siksa Kubur."

Berkata Rasulullah s.a.w.:
        "Aku suka sekali jika Surah itu berada didada setiap manusia dari UmatKU."

Berkata Abu Umar bin Abdul Bar suatu bicara yang sah datangnya daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya Baginda telah berkata:
        "Sesungguhnya ada sebuah Surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat, telah memberi syafaat kepada Tuannya sehinggga ia diampunkan, iaitu Surah 'Tabarak Al-Mulk'."

Dan dari Abu Asy-Syaikh meriwayatkan dalam Thabaqatul Asbahaniyin(264) daripada Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
        "Surah Tabaraka ialah yg mencegah dari azab kubur." (Hadis Hasan).