mahupun seorang muslim dan muslimah

kehidupan kita sama saja tapi yang menbezakan kita adalah iman dan takwa seorang itu..............renunglah kata-kata ustaz.disitu ada kebenaran akan terbongkar.

Selasa, 1 Mac 2011

sifat 20



Sifat 20
Sheikh Abu Hassan ‘Ali Al-Asy’ari
Imam Abu Mansur Al-Mathuridi
Nafsiah
Salbiah
Ma’ani
Ma’nawiyah
Wujud
Qidam
Qudrat
Kaunuhu Qadiran
 
Baqa’
Iradat
Kaunuhu Muridan
 
Mukhalafatuhu Lilhawadith
Ilmu
Kaunuhu ‘Aliman
 
Qiyamuhu Binafsih
Hayat
Kaunuhu Hayyan
 
Wahdaniat
Sama’
Kaunuhu Sami’an
 
 
Bashar
Kaunuhu Bashiran
 
 
Kalam
Kaunuhu Mutakalliman

Sifat Nafsiah:
                Sifat Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zat.
                Sifat ‘Wujud’ dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah s.w.t. akan tetapi Zat Allah s.w.t. itu dengan sendirinya kewujudan Allah. Ataupun Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan Sifat Ma’ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Hanya sifat ‘wujud’ sahaja yang termasuk dalam Sifat Nafsiah.  
Sifat Salbiah:
                Salbiah maksudnya, menanggalkan, menolak ataupun menafikan. Maksud sifat Salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah s.w.t. Umpamanya menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah seperti Baqa’ ertinya kekal. Sifat ini menafikan sifat Fana’ ataupun binasa bagi Allah s.w.t.
Sifat Ma’ani:
                Sifat Ma’ani ialah sifat yang Maujud atau ada yang berdiri pada Zat Allah s.w.t. yang menyebabkan Zat itu bersifat dengan suatu hukum Sifat Ma’nawiyah. Umpamanya Sifat Ma’ani seperti Ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada Zat Allah. Ertinya Ilmu itu sifat Allah bukan Zat Allah. Allah s.w.t. dapat mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya bukan dengan Zat-Nya. Yang menyebabkan zat itu bersifat dengan sifat suatu hukum Sifat Ma’nawiyah maksudnya Allah dikatakan Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan-Nya Berilmu). Kerana Allah mempunyai sifat Sama’ maka Allah dikatakan Kaunuhu Sami’an (Keadaan-Nya Mendengar).
Sifat Ma’nawiyah:
                Sifat Ma’nawiyah iaitu suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi Zat Allah s.w.t.bersifat dengan Sifat Ma’ani. Di antara Sifat Ma’ani dengan Sifat Ma’nawiyah tidak terpisahkan. Misalnya Keadaan Allah Berilmu (Kaunuhu ‘Aliman – Sifat Ma’nawiyah), ini kerana Allah mempunyai sifat Ilmu (Sifat Ma’ani). Ataupun Allah s.w.t. dikatakan Kaunuhu Qadiran (Keadaan-Nya Berkuasa – Sifat Ma’nawiyah) kerana Allah mempunyai sifat Qudrat (Kuasa – Sifat Ma’ani) dan bergitu seumpamanya.
                Ada beberapa sebab sifat-sifat ini dinamakan dengan Sifat Ma’nawiyah iaitu, Sifat Ma’nawiyah merupakan cabang dari Sifat Ma’ani. Sesuatu yang bersifat dengan ‘Alim dan Qadir umpamanya tidak boleh bersifat dengan sifat-sifat itu melainkan setelah adanya ilmu dan qudrat baginya. Sifat Ma’ani adalah sebagai ilat atau sebagai malzum kepada Sifat Ma’nawiyah sejak Azali lagi, perhubungan antara keduanya adalah sebagai hubungan antara ilat dengan ma’lulnya.
Sifat yang Wajib bagi ALLAH:
  1.           Sifat WUJUD: Ada
                Allah s.w.t. wajib memiliki sifat Wujud ertinya Allah s.w.t. itu wajib ada. Allah s.w.t. adalah sebagai Zat yang Wajibul Wujud ertinya Zat yang wajib adanya. Wujudnya Allah s.w.t. tidak diragukan lagi, kerana adanya Allah dapat dibuktikan dengan dalil Al-Quran dan Al-Hadith (dalil naqal) dan dapat dibuktikan dengan akal (dalil aqali)
                Allah s.w.t. tidak ada yang menjadikan-Nya dan tidak pula Allah menjadikan diri-Nya sendiri. Adanya Allah tidak diduhului dengan tiada dan tidak diakhiiri dengan tiada. Dan mustahil Allah itu tiada. Wujudnya Allah s.w.t. mutlak ertinya adanya Allah s.w.t. itu wajib, dan mustahil jika Allah tiada ada. Kewujudan-Nya tidak dibatasi oleh sesuatu, waktu, keadaan mahupun tempat.
                Wajib pada Syara’ atas tiap-tiap mukalah mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Allah Ta’ala dan tidak terima ‘Adam (tidak ada). Pengakuan didalam hati dengan tentu ada sungguh Allah Ta’ala itulah dinamakan wajib pada ‘aqal. Dan pengakuan tentu tidak, tiada Allah Ta’ala itulah dinamakan mustahil.


  2.           Sifat QIDAM: Sedia
Qidam ertinya ‘Sedia’, iaitu adanya Allah s.w.t. tidak dengan permulaan dan mustahil bagi Allah kalau berpermulaan. Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah pasti itu bukan Tuhan. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, kerana Allah Dia-lah yang awal dan Dia-lah yang akhir.
                Qidamnya Allah, atau Allah itu dahulu atau sedia, ertinya adanya Allah itu tidak bermula dan tidak berakhiran itu maksud tiada kesudahan bagi Allah. Adanya Allah jelas dan nyata dan menguasai atas segala yang batin atau mengetahui segala yang tersembunyi. Zat-Nya tidak dapat disaksikan dengan mata begitu juga akal dan hati tidak mampu untuk mengetahui tentang-Nya.
                Sifat Qidam merupakan Sifat Salbiah, iaitu menafikan atau menolak sifat yang berlawanan dengannya. Jika sudah terang dan nyata Allah bersifat Qidam ertinya tidak berpermulaan, bererti sifat Qidam itu sendiri menafikan sifat yang menjadi lawan dengannya, iaitu sifat Huduts atau baharu. Adanya Allah sudah tentu semenjak dari zaman Azali lagi iaitu sebelum segala sesuatu itu ada. Setiap insan wajib mengimani tentang kewujudan Allah itu tidak berpermulaan dan tidak pula akan berakhir.
                Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh Sedianya Allah Ta’ala dan tidak terima Huduth (baharu atau berpermulaan). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah Ta’ala bersifat Sedia itulah dinamakan dai wajib pada ‘aqal, dan pengakuan didalam hati dengan tentu tidak baharu itulah dimanakan dia mustahil pada ‘aqal.
3.             Sifat BAQA’: Kekal
                Allah s.w.t wajib mempunyai sifat Baqa’,ertinya kekal ataupun tidak berkesudahan, wujud Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak ada batasan waktu ataupun masa. Orang yang beriman kepada Allah menyakini bahawa yang menciptakannya itu kekal tanpa berkesudahan, begitu juga harus dipercayai oleh setiap insan bahawasanya kehidupan makhluk akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran, dan akan ia kembali kepada Allah s.w.t. Yang Maha Kekal.
                Dengan mempercayai akan Allah mempunyai sifat Baqa’, ianya akan menguatkan keyakinan tentang adanya kehidupan di akhirat, sebagai meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana’ ini. Kerana masih ada Pencipta Yang Maha Baqa’ yang mengaturkan tentang kehidupan di akhirat kelak.
                Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh Allah Ta’ala Kekal dan tidak menerima Fana’ (binasa). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah Ta’ala bersifat Baqa’ itulah dikatakan wajib pada ‘aqal, dan pengakuan tentu didalam hati akan binasa Allah Ta’ala itu mustahil pada ‘aqal.
  4.           Sifat MUKHALAFATUHU LILHAWADITH: Berlainan dengan sekali makhluk
                Allah s.w.t. bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadith, ertinya Allah berlainan dengan sekalian makhluk. Sudah tentu mustahil bagi Allah menyerupai akan sesuatu. Sebab Allah tidak sama dengan bentuk makhluk ciptaan-Nya, baik makhluk yang bernyawa ataupun tidak bernyawa. Berbeza Zat Allah dengan makhluk ertinya Zat-Nya tidak sama dengan makhluk. Berbezanya sifat-safit Allah dengan makhluk ciptaan-Nya maksudnya, sifat-sifat Allah tidak sama dengan makhluk.
                Perbezaan Zat Allah dengan sesuatu yang baharu maksudnya bahawa Zat Allah tidak sama dengan benda lain yang diciptakan-Nya, yang memiliki zat yang baharu. Berbeza sifat Allah dengan sesuatu yang baharu juga tidak sama dengan sifat segala benda selain Allah. Begitu juga dengan perbuatan Allah, tidak sama dengan perbuatan baharu atau segala benda yang ada di alam ini.
                Jika kita bayangkan Allah itu dengan sesuatu benda yang ada di alam ini bererti kita telah mempersekutukan Allah dengan yang lain, syirik hukumnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dalam menghayati sifat-sifat yang wajib bagi Allah ini, jangan sampai pemikiran dan minda kita dipimpin oleh syaithan, sehingga sampai pada peringkat mempersekutukan Allah. Na’zubillah.
                Wajib pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta i’tiqad dan mengaku putus didalam hati akan tentu sungguh bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tiada menyamai-Nya (Mumathalatuhu Lilhawadith). Firman Allah Ta’ala:
                “Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”         (Asy-Syura, 11)
                Dan bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan juga tidak menyamai-Nya itulah dikatankan sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lilhawadith dan makna bersalahan itu tiga perkara:
                1)            Bersalahan pada zat dengan makna Zat Allah Ta’ala bukannya Jirim yang bertempat walaupun dimana tempat an makhluk itu semuanya jirim yang bertempat. Kalau bergitu tidak boleh dikatakan Allah Ta’ala itu bertempat dimana-mana tempat, maka jika didapati didalam Al-Quran atau Hadith barang yang memberi waham menyerupai dan bertempat maka dinamakan ayat itu ayat Mutashabihat dan Hadith Mutashabihat.
                2)            Dan bersalahan sifa itu ialah sifat-sifat Allah itu bukan ‘Aradh yang bertangkap pada jirim dan bertempat bersama dengan jirim. Kalau bergitu. Tidak bolehlah dikatakan Allah Ta’ala berhajat dimana-mana hajat dan sebagainya daripada sifat-sifat yang baharu. Dan bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan Allah Ta’ala, bukan seperti perbuatan yang baharu. Kerana perbuatan Allah Ta’ala menjadikan yang tiada itu ada, dan bukan pula perbuatan Allah Ta’ala itu daripada yang baharu.
3)            Dan dalil bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak menyamai itu ialah kita fikir, jikalau Allah Ta’ala tidak bersalahan bagi segala yang baharu, nescaya adalah Ia menyamai dengan sesuatu yang baharu ini, maka jika menyamai dengan yang baharu tentulah Ianya baru seperti itu juga dan iaitu bathal kerana telah terdahulu bersifat Qadim dengan dalil-dalil yang nyata maka tetaplah Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak menyamainya itulah pengakuan yang sebenar.
  5.           Sifat QIYAMUHU BINAFSIHI: Berdiri dengan sendiriNya.
                Qiyamuhu Binafsihi maksudnya berdiri dengan sendiriNya, bahawa Allah bersifat berdiri dengan sendiri bukan bergantung dengan selain dari-Nya. Allah tidak bergantung terhadap yang diciptakan-Nya, sebaliknya sesuatu yang diciptakan-Nya itu setiap saat selalau berhajat kepada Allah s.w.t.
                Allat s.w.t. tidak berhajat dan berkehendak terhadap sesuatu yang lain, tidak memerlukan bantuan kepada makhluk-makhluk-Nya. Allah bersifat Qiyamuhu Binafsihi, mustahil jika Allah berhajat dan meminta pertolongan dengan alam yang akan binasa.
                Allah Maha Berkuasa memiliki segala apa yang ada dilangit dan bumi. Kemudian tidak sukar bagi Allah untuk mengurusi segala sesuatu yang ada di alam ini. Dia Maha Perkasa tidak pula Ia memerlukan bantuan dalam mengurusi segala ciptaan-Nya yang banyak itu.
                Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh berdirinya Allah Ta’ala dengan sendirinya (Qiyamuhu Binafsihi), dan tidak berkehendak kepada yang menjadi dan tidak berkehendak kepada zat (Muhtajun Ila Ghairih).

6.             Sifat WAHDANIYAH: Allah Maha Esa (Ke-Esa-an)
                Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa, tidak berbilang-bilang jumlahnya. Esa Allah Ta’ala itu ialah pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Af’al-Nya. Allah itu Esa, maka janganlah sekali-kali kita membayangkan atau memikirkan bahawa ada tuhan yang lain selain daripada Allah. Beriman kepada ke-Esa-an Allah, memudahkan bagi kita untuk beribadah dan berharap kepada Yang Satu.
                Di samping kita percaya bahawa Zat Allah s.w.t. itu Esa, kita juga harus yakini bahawa sifat-sifat Allah itu mempunyai nilai yang tidak mengenal batas. Jika dikatakan Allah itu Maha Pemurah, maka pemurahnya Allah itu tidak mengenal batas. Jika Allah itu bersifat Maha Pengampun, maka ampunan Allah itu tidak mengenal batas. Walau betapa besar dosa dan kesalah nseseorang itu, jika Allah menghendaki keampunan-Nya, maka dosa-dosa orang tersebut akan diampuni Allah s.w.t.
                Dan makna Esa pada Zat Allah itu ialah Zat Allah yang tidak bersusun daripada beberapa Zat yang boleh dibilangkan dengan sekurang-kurangnya bilangan dengan baharu, boleh dikerat, dibelah dan dipotong seperti bagi zat yang baharu.
Kam-mutashil
Zat
Berbilangan yang berhubungan dengan Zat Allah Ta’ala
 
Sifat
Berbilangan yang berhubungan dengan Sifat Allah Ta’ala
 
Perbuatan
Berbilangan yang berhubungan dengan Perbuatan Allah Ta’ala
 
 
 
Kam-munfashil
Zat
Bilangan yang berasing-asing pada Zat Allah Ta’ala
 
Sifat
Bilangan yang berasing-asing pada Sifat Allah Ta’ala
 
Perbuatan
Bilangan yang berasing-asing pada Perbuatan Allah Ta’ala
                Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku putus dalam hatinya akan tentu sungguh Allah Ta’ala itu Esa pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Af’al-Nya. Dan tidak Ta’addud (berbilang-bilangan).
  7.           Sifat QUDRAT: Allah Maha Kuasa (Pekuasa)
                Qudrat ertinya Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu. Hanya Allah yang berkuasa, sedangkan selain Allah sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Kekuasaan Allah mutlak milik-Nya. Kekuasaan Allah itu bukan datangnya kemudian, tetapi sudah ada semenjak zaman Azali lagi, iaitu sebelum adanya sesuatu selain daripada Alah s.w.t.
                Allah s.w.t. menjadikan segala sesuatu yang dikehendaki-Nya. Firman Allah s.w.t.:
                “Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia.”                (Yassin: 82)
                Pada sifat Qudrat, Allah Ta’ala Maha Kuasa mengadakan dan meniadakan sesuatu mumkin, dan bagi Qudrat itu beberapa takluq (menuntut sifat akan satu pekerjaan lain daripada menuntut di Zat-Nya), iaini beberapa tugas.
                Wajib pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Tuhan Pekuasa, iaitu Allah Maha Kuasa, dan tidak sekali-kali ‘Ajzun (lemah).



  8.           Sifat IRADAT: Berkehendak
                Allah s.w.r. mempunyai sifat Iradat, iaitu berkehendak, maksudnya bahawa Allah s.w.t. dalam menciptakan segala sesuatu berpedoman kepada kehendak-Nya. Begitulah alam semesta ini terjadi, kerana Kudrat dan Iradat Allah, diatas Kekuasaan dan Kehendak Allah s.w.t. dan tidak ada batasannya dan tidak dapat dilukiskan melalui fikiran manusia tentang keinginan Allah.
                Dan Iradat itu ialah satu sifat yang sedia kala pada Zat Allah. Dengan sifat Iradat, Allah Ta’ala mengkehendaki dan menentukan mumkin dengan setengah-setengah barang yang harus atas mumkin.
                Wajib pada syara; atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh didalam hatinya ada Allah Ta’ala itu bersifat Iradat, dan tidak menerima Karahah (terpaksa).
9.             Sifat ILMU: Allah Maha Mengetahui
                Allah bersifat ilmu, ertinya bahawa Allah Maha Mengetaui. Allah memiliki pengetahuan dan mengetahui akan segala sesuatu, yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku, baik di langit, dibumi mahupun yang diantaranya, dan segala sesuatu yang diciptakan-Nya.
                Dan Ilmu itu ialah sifat yang ada ia di Zat Allah Ta’ala, yang nyata segala perkara yang wajib dan yang mustahil dan yang harus itu dengan Ilmu yakni dengan pengetahuan tidak jahil. Dan makna mengetahui akan segala perkara yang wajib itu mengetahui dengan sungguhnya dan mengetahuisegala yang mustahil itu mengetahui dengan tidaknya, dan mengetahui perkara yang harus itu mengetahui akan ada atau tiada atau akan tiadanya.
                Wajib atas syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh ada di Zat Allah Ta’ala itu Ilmu, dan tidak menerima akan Allah itu Jahlun (jahil).
10.          Sifat HAYAT: Hidup
                Allah s.w.t. wajib mempunyai sifat Hayat iaitu hidup, dan mustahil bagi-Nya mempunyai sifat binasa yang sama dengan makhluk. Sifat hidup Allah ini tidak sama sebagaimana dengan kehidupan alam, seperti manusia, malaikat haiwan dan makhluk-makhluk yang lainnya. Allah hidup tidak berhajat terhadap sesuatu, seperti pada makhluk yang menghajatkan dan memerlukan nyawa, nafas, makan dan minum. Kehidupan makhluk merupakan hasil daripada pemberian Allah, maka pada saat yang dikehendaki-Nya, kehidupan makhluk itu dapat berakhir.
                Wajib diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh didalam hatinya Allah mempunyai sifat Hayat, satu sifat yang ada pada Zat Allah dan dengan sifat Hayat ini Allah Ta’ala hidup, dan tidak akan menerima akan Maut.
11.          Sifat SAMA’: Allah Maha Mendengar
                Sama’ ertinya Mendengar dan Allah bersifat Sama’ bahawa Allah Maha Mendengar segala sesuatu yang diperkatakan oleh makhluk-makhluk-Nya. Allah Maha Mendengar baik yang kuat mahupun perkara yang dibisikkan oleh makhluk-Nya. Walaupun begitu pendengaran yang ada pada Allah tidak berhajat pada sesuatu yang ada pada makhluk-Nya.
                Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan sifat Sama’ ini yang ada pada Allah Ta’ala, dan tidak sekali-kali Allah menerima sifat Shomam (tuli).

12.          Sifat BASYAR: Allah Maha Melihat
                Allah bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam ini. Allah dapat melihat segala gerak geri makhluk-Nya. Namun Penglihatan Allah itu tidaklah sama dengan penglihatan makhluk ciptaan-Nya. Allah tidak berhajat seperti makhluk-Nya untuk melihat.
                Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada pada Allah Ta’ala itu sifat Basyar, dan iaitu satu sifat yang ada di Zat Allah. Tidak Allah sekali-kali menerima akan sifat ‘Umyun (buta).
13.          Sifat KALAM: Allah Berkata-kata
                Allah mempunyai sifat Kalam atau berkata-kata, dan mustahil bagi Allah Yang Maha Agung itu bersifat berlawanan dengan sifat Kalam. Walaubagaimanapun Kalam Allah tidak seperti yang dihajatkan oleh makhluk-Nya. Kalam Allah itu dinamakan Wahyu yang diberikan kepada makhluk-Nya sebagai mendatangkan kebenaran-Nya.
                Wajib diatas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan Allah mempunyai sifat Kalam. Iaitu satu sifat yang sedia kala di Zat AllahTa’ala. Dengan adanya sifat inilah Allah tidak akan sekali-kali menerima sifat Bukmun (bisu)
14.          Sifat KAUNUHU QADIRAN: Allah tetap selalau dalam keadaan Berkuasa  
15.          Sifat KAUNUHU MURIDAN: Allah tetap dalam keadaan Menghendaki
16.          Sifat KAUNUHU ALIMAN: Allah tetap dalam keadaan Mengetahui
17.          Sifat KAUNUHU HAYYAN: Allah tetap dalam keadaan Hidup
18.          Sifat KAUNUHU SAMI’AN: Allah tetap dalam keadaan Mendengar
19.          Sifat KAUNUHU BASIRAN: Allah tetap dalam keadaan Melihat
20.          Sifat KAUNUHU MUTAKALLIMAN: Allah tetap dalam keadaan Berkata-kata  
Rumusan daripada: Al-Misbahul Munir
Abdul Aziz Bin Ismail Al-Fatani

Ahad, 16 Januari 2011

restoran pak su




SEJARAH PAKSU CORNER

Paksu Corner bermula lebih 8 tahun yang lalu di Shah Alam, bermula di Seksyen 18 Shah Alam, Paksu Corner yang ketika itu diuruskan oleh En. Alias Robani atau lebih mesra dikenali sebagai Paksu selaku pemilik. Beliau yang memiliki lebih 15 tahun pengalaman didalam bidang menyediaan makanan dan pernah berkhidmat di Swissland sebagai pembantu tukang masak dan tukang masak di beberapa restoran di sana selain bertugas di restoran terkemuka di Kuala Lumpur.



Ketika beroperasi di seksyen 18, Paksu Corner adalah merupakan sebuah gerai makan yang kecil ketika itu dan diusahakan oleh lebih kurang 8 orang sahaja termasuk Paksu sebagai ketua tukang masak. Gerai yang boleh menempatkan tidak lebih daripada 50 orang pada satu-satu masa berkembang maju selama 4 tahun sehingalah ianya dirobohkan sebanyak 2 kali oleh Majlis Perbandaran Tempatan.


Selepas kejadian yang berlaku pada tahun 2004, Paksu Corner mula mencari tapak baru, maka bermulalah perniagaan Restoran di seksyen 16 Shah Alam, yang mana boleh memuatkan lebih 80 pelanggan pada satu-satu masa, setelah hampir 4 tahun dan pelbagai usaha dilakukan serta berkat usaha dan sokongan para pelanggan setia kami, maka pada 26 December 2008 Restoran Paksu Corner yang baru dan lebih besar telah berjaya dibuka.

Restoran baru yang berkapasiti lebih 200 tempat duduk ini mempunyai lebih banyak pilihan hidangan yang mempunyai harga berpatutan. Selain daripada menu nasi campur dan ala-carte, terdapat juga menu hidangan barat yang disediakan secara panggang (grill). Setelah bilik berhawa dingin siap kelak, kami berharap akan dapat menerima tempahan untuk mesyuarat , perjumpaan dan pelbagai jenis jamuan yang memerlukan bilik khas tertutup kelak. Bilik tertutup berhawa dingin tersebut dianggarkan dapat memuatkan sekitar 80 pelanggan pada satu-satu masa. Ianya dijangka siap pada June 2009.

PETA DAN LOKASI


Disertakan Alamat, Peta serta Lokasi Restoran Paksu Corner.

Restoran Paksu Corner
Heman Bersatu Sdn Bhd (821549-M)
No 2-1-1 , Suria Avenue
Jalan Dawai 16/2
Seksyen 16 ,
40200 Shah Alam
Selangor
Tel : 017-2972678 / 016-3684445
Tel Pejabat : 03-55100444

Fax Pejabat : 03-55100444
Email : paksucorner@gmail.com 

Laman Web : http://www.paksucorner.com/ 

(Waktu Perniagaan : Jam 6:30 pagi hingga 12:00 Malam.)


MENU ALA-CARTE PAKSU CORNER

Restoran Paksu Corner menyediakan pelbagai masakan ala-carte yang boleh di tempah oleh pelanggan. Ini termasuklah masakan Barat , Thai ataupun tempatan. Sila lihat menu yang dilampirkan. Anda boleh memuat turun , mencetak atau membesarkan menu tersebut.



Para pelanggan juga boleh menempah hidangan Ala-Carte mengikut citarasa anda sendiri, sebagai contoh Ikan Siakap Masak Stim bersos 3 Rasa, biarpun ianya tidak terdapat didalam menu, namun Chef kami menyediakan hidangan tersebut mengikut selera dan citarasa anda. Begitu juga dengan hidangan barat kami , ianya boleh diubah suai mengikut citarasa anda. Anda hanya perlu memberitahu pelayan kami mengenai perubahan menu anda.

Tempahan boleh dilakukan melalui email , telefon , sms , mahupun datang sendiri ke restoran kami. Kami sedia membantu anda. Sila hubungi kami hari ini.

Restoran Paksu Corner
Heman Bersatu Sdn Bhd (821549-M)
No 2-1-1 , Suria Avenue,
Jalan Dawai 16/2Seksyen 16,
40200 Shah Alam
Selangor
Tel : 017-2972678 / 016-3684446
Tel Pejabat : 03-55418844
Laman Web : http://www.paksucorner.com/

(Waktu Perniagaan : Jam 6:30 pagi hingga 12:00 Malam.)

NASI CAMPUR PAKSU CORNER


Paksu Corner menyediakan pelbagai hidangan menu nasi campur. Terdapat lebih 100 hidangan lauk pauk nasi campur Ala Kampung yang diambil dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Ini termasuklah hidangan popular dari negeri Kedah , Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan , Melaka dan Johor seperti :-

  • Gulai Kawah
  • Rendang
  • Masakan Ikan biasa dan eksotik
  • Masakan Daging & Ayam
  • Masakan Kambing
  • Sayur-sayuran
  • Pelbagai Ulam-ulaman
  • Pelbagai Sambal colek
  • Masak Lemak Cili Api
  • Gulai Kampung
  • Ikan Bakar dan Salai
  • Goreng
  • Masak Tumis
  • Pelbagai Kerabu
  • Pelbagai Jenis Sup
  • Dan banyak lagi

KATERING DAN TEMPAHAN RESTORAN

Kami menerima tempahan katering dan juga tempahan majlis samaada yang dilakukan di luar atau di dalam restoran. Restoran Paksu Corner boleh memuatkan 200 hingga 250 tetamu pada satu-satu masa. Kami juga menerima tempahan katering untuk majlis seperti :-
  • Majlis Pertunangan
  • Majlis Perkahwinan
  • Kenduri kesyukuran dan doa selamat
  • Sambutan Hari Lahir
  • Majlis Korporat
  • Pelbagai majlis lain
Sila hubungi kami untuk berbincang tentang menu serta budget anda, kami meyediakan pelbagai jenis menu bergantung kepada budget anda. Jangan risau, tiada masjlis yang terlalu kecil buat kami. 

Kami juga menyediakan pakej pembiayaan majlis perkahwinan bagi mereka yang memerlukan pembiayaan perkahwinan samaada pembiayaan penuh mahupun pembiayaan tambahan, anda boleh merealisaikan majlis impian anda dengan menggunakan pakej pembiayaan ini. Pembiayaan minimum adalah sebanyak RM20,000. Sila hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej istimewa ini.

Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar Shah Alam dan Kelang dengan pelbagai menu hidangan (sila hubungi kami untuk mengetahui menu) dengan jumlah minima 25 pax bungkusan dengan pelbagai jenis bungkusan samada kotak plastik , polisterine ataupun bungkusan daun pisang.

Bagi yang berminat untuk menambah pendapatan, Paksu Corner memberikan komisyen sebanyak 5% daripada nilai tempahan yang melebihi RM1000 setiap satu kepada mereka yang memperkenalkan (Rekomen) Restoran Paksu Corner sebagai pembekal khidmat Katering atau Tempahan Restoran. Bagi yang ingin tahu lebih lanjut mengenai skim ini, sila hubungi En. Alias Robani (Pak Su) seperti alamat yang tertera dibawah.

Restoran Paksu Corner
Heman Bersatu Sdn Bhd (821549-M)
No 2-1-1 , Suria Avenue,
Jalan Dawai 16/2,
Seksyen 16,
40200 Shah Alam
Selangor
Tel : 017-2972678 / 016-3684446
Tel / Fax Pejabat : 03-55100444

Email : 
paksucorner@gmail.com
Laman Web : 
http://www.paksucorner.com/

PRODUK TAMBAHAN


MELALUI EMAIL ANDA


BUFET RAMADHAN DI PAKSU CORNER

Restoran Paksu Corner ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2010. Sempena Ramadhan ini Restoran Paksu Corner menyediakan juadah berbuka puasa secara Bufet (dari jam 6:30 ptg hingga 8:30 mlm). Terdapat lebih dari 80 jenis hidangan 1Malaysia serta barat dan juga pelbagai jenis manisan dan pencuci mulut. Hidangan Ala-Carte akan bermula selepas waktu Bufet berakhir. Lebih 80 jenis juadah untuk dipilih , Restoran Paksu Corner juga menyediakan MINI BAZAR RAMADHAN bagi yang ingin membawa pulang juadah berbuka puasa. Ianya dibuka seawal jam 3.30 petang.


Kemudahan lain yang disediakan :-
  • Surau yang boleh memuatkan 20 jemaaah pada satu masa
  • Tempat letak kereta (50++ kereta pada satu masa)
  • Boleh memuatkan lebih 400 pengunjung pada satu masa.

Untuk sebarang tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pak Corner seperti yang tertera di bawah ini.
Jadual serta waktu perniagaan di bulan Ramadhan 
  • Jam 3:30 petang hingga 6:00 petang ( mini bazar Ramadhan )
  • Jam 6:30 petang hingga 8:30 malam ( Buffet Berbuka Puasa )
  • Jam 8:30 malam hingga 12:00 malam ( Ala -Carte )
  • Jam 3:00 pagi hingga 5:00 pagi ( Sahur )


Khamis, 13 Januari 2011

bertemu sang pencipta dengan wajah gemilang

MEMBACA al-Quran sempena Ramadan adalah salah satu cara untuk mendapat keredaan Allah.
Puasa pada Ramadan tingkatkan keimanan ummah ke arah mencapai nikmat dunia, akhirat
IBN al-Athir dalam kitab Jami’ al-Asl jilid 10 muka surat 557 ada menyatakan:
“Melihat Allah SWT adalah tujuan tertinggi dalam kenikmatan syurga dan darjat yang tertinggi daripada senarai pemberian Allah yang mewah-mewah. Semoga Allah mencapaikan hajat kita kepadanya.”
Disebabkan pengaruh dunia yang begitu dahsyat ke atas kehidupan kita sehari-hari sehingga kita kadangkala lupa bahawa hidup kita ini ada kesudahannya. Pengaruh dunia yang hebat itu sudah melupakan kita terhadap kehidupan selepas mati. Pengaruh dunia yang mengelirukan itu membuat kita lupa bahawa kita adalah seorang musafir yang sudah pasti akan menamatkan perjalanan. Pengaruh dunia yang sangat berkesan itu melengahkan kita daripada beriman bahawa kita akan berjumpa dengan yang memberikan kita semua apa yang kita miliki yakni Allah Yang Maha Agung.
Ketika kita belajar pelajaran akidah satu ketika dulu dan juga sampai hari ini, kita mengimani bahawa nikmat yang paling besar bagi hamba-Nya yang beriman adalah melihat Allah SWT. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Muslim dan at-Tirmizi maksudnya:
“Jika penghuni syurga sudah masuk semuanya ke dalam syurga maka Allah berfirman: “Adakah kamu sekalian menginginkan sesuatu tambahan (daripada yang sudah Aku berikan dalam syurga ini)? Mereka menjawab:”(Kenikmatan apa lagi) Tidakkah Engkau sudah mencerahkan muka kami? Tidakkah Engkau sudah memasukkan ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka? Kemudian penghalang pun dibuka maka tidak ada sesuatu pun yang lebih menggembirakan mereka kecuali melihat Tuhan mereka.”
Dalam riwayat lain Nabi membaca ayat al-Quran maksudnya:
“Untuk orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia.” (Surah Yunus: 26)
Tafsir Pimpinan ar-Rahman mengulas perkataan ‘tambahan yang mulia’ dengan “melihat Zat Allah Azza wa Jalla di dalam syurga.”
Syurga yang begitu hebat kenikmatannya masih kalah berbanding melihat Zat Allah padahal sifat syurga adalah, maksudnya:
“Sifat syurga yang sudah dijanjikan kepada orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai daripada madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan serta keredaan dari Tuhan mereka.” (Surah Muhammad: 15)
Allah dengan jelas menyebutkan dalam al-Quran bahawa orang beriman akan melihat-Nya di syurga. Dia berfirman maksudnya:
“Pada hari kiamat itu, muka (orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya.” (Surah al-Qiyamah: 22-23)
Dalam Surah Qaf ayat 34-35 disebutkan maksudnya:
“(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal. Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sini Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).
Menurut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah “Tuhan Allah dapat dilihat oleh penduduk syurga dengan mata kepala, bukan dengan mata hati saja. Tetapi ingatlah jangan ada keyakinan bahawa Tuhan itu di dalam syurga. Hanya kita yang melihat, yang bertempat dalam syurga. Pada waktu di dunia tidak ada manusia yang dapat melihat Tuhan kecuali Nabi Muhammad SAW pada malam Mikraj.” (K.H. Siradjuddin Abbas, I’tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah, 85)
Berjumpa dengan Sang Pencipta, al-Khaliq, adalah satu cita-cita yang semestinya dimiliki oleh setiap mukmin. Ia adalah tujuan hidup di dunia seperti diikrarkan pada setiap solat. Dan jika kita ingin yang demikian maka sudah sewajarnya kita mentakwakan diri kita sendiri dan tidak memaksiatkannya kerana apabila diri diliputi dengan maksiat dan perbuatan dosa pasti kita akan malu berjumpa dengan-Nya.
Dalam sejarah manusia kita boleh merefleksi rasa malu manusia bertemu dengan manusia yang lain kerana disebabkan perbuatan salahnya pada kisah Nabi Yusuf AS dan saudara-saudaranya. Al-Quran menceritakan maksudnya:
“Maka apabila mereka berputus asa daripada mendapat pertolongannya, mereka pun mengasingkan diri lalu bermesyuarat mengenai hal itu. Berkatalah ketua mereka (saudaranya yang sulung): “Tidakkah kamu ketahui bahawa bapa kita telah mengambil janji daripada kamu yang dikuatkan dengan nama Allah, dan dulu pun kamu telah mencuaikan janji dan sumpah kamu dalam perkara menjaga keselamatan Yusuf? Oleh itu, aku tidak sekali-kali akan meninggalkan negeri (Mesir) ini sehingga bapaku izinkan aku (kembali), atau sehingga Allah menghukum bagiku (untuk meninggalkan negeri ini), dan Dialah Hakim yang seadil-adilnya.” (Surah Yusuf: 80)
Dalam kisah di atas, saudara sulung Nabi Yusuf berasa malu kembali berjumpa bapanya kerana sudah mengecewakan bapanya apabila tidak dapat menjaga Benyamin. Membawa Benyamin ke Mesir untuk mendapatkan bekalan makanan adalah syarat Yusuf kepada mereka dalam perjumpaan pertama. Kesalahan saudara sulung itu membuatkannya untuk menghukum diri sendiri. Bagaimana dengan kesalahan yang kita buat kemudian kita mahu berjumpa dengan Allah SWT. Jalan yang perlu ditempuh agar terselamat daripada keadaan menyedihkan ini adalah mentakwakan diri. Dan puasa Ramadan adalah salah satu jenteranya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah: 183)
Menerusi puasa Ramadan kita akan selalu berhubungan dengan Allah kerana puasa hanya diketahui oleh Allah; menerusi puasa Ramadan kita mendapat rahmat, maghfirah dan pembebasan daripada api neraka; menerusi puasa Ramadan kita akan memasuki pintu khas al-Rayyan dalam syurga; dan menerusi puasa Ramadan kita dianugerahi hak memberikan syafa’at oleh Allah SWT.
Di samping melaksanakan semua perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya kita juga perlu banyak memohon kepada Allah agar kita mendapatkan keberkatan hidup yang boleh membawa kita untuk berjumpa dengan-Nya. Dr Aidh al-Qarni dalam La Tahzan menulis: “Sahabat memiliki perbendaharaan yang berlimpah ruah daripada kalimat yang baik lagi berbarakah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Setiap kalimat yang dipunyai oleh seseorang di antara mereka lebih baik dari dunia dan seisinya, dan juga lebih baik dari luasnya wawasan pengetahuan mereka mengenai nilai segala sesuatu dan kadar ukuran pelbagai urusan. Sesungguhnya kesimpulan daripada semua doa itu adalah memohon keredaan dan rahmat Allah di akhirat nanti, selamat dari kemurkaan dan seksa-Nya yang pedih dan memohon bantuan-Nya agar dapat beribadah dan bersyukur kepada-Nya. Sesungguhnya ikatan yang ada di antara semua doa ini adalah mengharapkan apa yang ada di sisi Allah dan berpaling dari apa yang ada di dunia. (404-405)
Dan permohonan kita yang selalu kita panjatkan pada Ramadan ini sama ada dalam berpuasa mahupun bertarawih di samping permohonan ampun yang lazim adalah doa Allahumma inna nas’aluka ridaka wal jannah wa na’uzu bika min sakhatika wan-nar (Ya Allah, kami memohon keredaan dan syurga-Mu dan kami memohon perlindungan kepada-Mu dari kemurkaan-Mu dan seksa neraka).

Rabu, 12 Januari 2011

cinta lewat usia

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.
Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.
Usia 30-an
Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.
Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.
Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.
* Tentukan batas waktu
Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.
Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.
Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.
Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.
* Fleksibel
Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.
Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.
Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.
Usia 40-an
Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.
* Perbaiki keterampilan bercinta
Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.
Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.
* Elak bercinta selepas cerai
Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.
Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:
nAdakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
nAtau adakah semua wanita materialistik?
nAdakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
nAdakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?
Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.
* Hati-hati dengan buah hati
Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.
Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.

cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Ahad, 9 Januari 2011

lirik nasyid


Doa Tilawah
Album : Allahu
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

ﻦﺍﺀﺮﻗﻟﺎﺑ ﺎﻨﻤﺤﺮﺍ ﻡﻬﻠﻠﺍ
ﺔﻤﺤﺭﻮ ﻯﺪﻫﻮ ﺍﺭﻮﻨﻭ ﺎﻤﺎﻤﺍ ﺎﻨﻠ ﻪﻠﻌﺠﺍﻮ
ﺎﻨﻟﻬﺟﺎﻤ ﻪﻨﻤ ﺎﻨﻤﻠﻋﻮ ﺎﻨﻴﺴﻨﺎﻤ ﻪﻨﻤ ﺎﻨﺭﻜﺬ ﻢﻬﻟﻟﺍ
ﺭﺎﻬﻧﻟﺍ ﻑﺍﺭﻄﺍﻮ ﻞﻴﻟﻟﺍ ﺀﺎﻨﺍﺀ ﻪﺘﻮﻼﺘ ﺎﻨﻗﺰﺭﺍﻮ
ﻦﻴﻤﻟﺎﻌﻟﺍ ﺐﺭ ﺎﻴ ﺎﻨﻟ ﻪﻟﻌﺠﺍﻮ

Allah rahmati kami dengan Al Quran,
Jadikan ia pimpinan cahaya petunjuk dan rahmat,
Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkanlah (ajarkanlah),
Yang tak diketahui,
Rezkikan kami membacanya,
Siang dan malam (siang dan malam),
Sepanjang siang dan malam,
Jadikan ia penolong kami.














Demi Masa
Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran

a a a.....

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(sihat sebelum sakit)
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

(Ingat lima perkara) Hidup sebelum mati
(sebelum lima perkara) Sihat sebelum sakit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Muda sebelum tua

(Ingat lima perkara) Kaya sebelum miskin

(sebelum lima perkara) Lapang sebelum sempit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)





















Iman Mutiara
Album : Puji-Pujian
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah










Haji Menuju Allah
Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba