mahupun seorang muslim dan muslimah

kehidupan kita sama saja tapi yang menbezakan kita adalah iman dan takwa seorang itu..............renunglah kata-kata ustaz.disitu ada kebenaran akan terbongkar.

Jumaat, 23 Disember 2011

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

Sabtu, 17 Disember 2011

malam ni


malam ni
aku merindui mu
walaupon jauh kita berpisah
tetap akan merasa dekat di hati
aku hanya manusia biasa
hanya mampu saja aku berikan
aku berusaha
untuk bahagiakan mu
walaupon aku merasakan 
diri ini tidak layak

cinta


alhamdulilah aku masih hidup
kerana dia aku aku bersyukur walaupon sederhana
kerana cinta akenal peciptanya
kerana cinta rasul nya
kerana cinta kenal saudaranya
kerana cinta keluarga bahagia
aku bahagia bila bersamanya 
aku redha apayang terjadi antara aku dan dia
walaupon terpaksa terpisah jauh
tetapi aku merasa dekat ja ja dia di hadaoan
semua tu takdir alllah swt
untuk hamba nya
aku ingin bahagia bersamanya
walaupon tak berdaya 
tetap aku berusaha
untuk mengembirakn kamu
aku tak akan biarkan kau bersedih lagi 
setitik air mata yang jatuh dari mu
akan ku menyesal
lkerana membiarkan kau bersedih
akan ku lindunginya
supaya kau berasa selamat dan aman
bukan aku menunjuk2 tapi
ni ja mampu aku lakukan untukmu
dalam hidup ni
maafkan aku jika kau sering terluka bila bersamaku
maafkan aku jika kau tak bahagia selamakita bersama
semoga allah merestu atas perhubungan yang telah terbinba selama ini.
amin.........................................................
ya allah
aku berdyukur kepadamu
walaupon ku merasa diri tak sempurna
adan leka terhadap dunia semata2
aku selalu ingat kepadamu 
walaupon susah dan senang
kerana allah ja mam pu membaca apas yang bermain 
difikiran ku ini
biarpon aku sedih dan gembira tetap aku redha

adik sabah


adik 
knp ni?
adik merajuk lagi ka?
abng minta maaf
abg tunggu adik bals mesj
abg tahu adik sedih 
abg lagu sedih kalau adik sedih
nurul hidayatie, 
jangn buat abg risau

syukur


ya allah aku bersyukur walaupun bersederhana daripada kaya dari rezeki tidak halal
kehidupan yang tidak mewah selesa jua 
aku redha atas kehendak takdir allah yang esa
serta teman hidup yg setia
untuk kebahagian dunia akhirat


begitu cepat masa berlalu,
tak lama lagi aku bahagia
biarpun tak sehebat mereka
tapi tetap bahagia
biarpun aku miskin harta
tapi aku kaya kasih sayang
biarpun aku tidak tidak
tapi aku berusaha menjadi yang hebat di hadapanmu

remaja zaman sekarang

semalam waktu nak balik dari kl sentral
memang tak tahu malu ,depan 2 duk cium dalam bas
apa nak jadi anak bangsa kita?
tak kira tutup aurat ka tutup aurat
mereka berbangsa
dengan pa mereka buat?

rindu

tiba ja aku rindu kat dia
tanpa sebarang kata aku terus naip tentang nya 
walaupu dia jauh tetap dihati 
tiada apa dapat memisah kita berduan melain kan allah
aku ssebut nama mu dalam doaku walaupun ku merasakan diriku tak layak 
untumu sahaka aku menumpang kasih sayang
keran akau hidup ni lebih gembira dan ceria
ku bersyukur masih bersamamu walaupun kita berjauhan
allah telah menetap kan takdinya kepadsa hambanya
atas jalan yang benar dan tepat pada keadaannya
semoga kita akn berjumpa lagi atas ikatan yang sah
disitu lah alllah mengurniakan seorang kekasih sejati
dan aku berbahagia dengan walaupun susah atau senang
dalam semua keadaan , biarpun ombak mendatang akan ku selamatkan mu
walaupun sanggup mengorban kan nhyawa ku dendiri
telah ku ungkapkan sebuat mahligai untuk mu seoarang
hanya kau saja layak didalam nya
aku bersyukur dan redha apa yang telah terjadi
kerana allah telah menetapkan semua itu dengn takdirnya

13/12/2011-1

tiba nak online
sok ada paling penting presentation
semoga aku berjaya menawar hati juri 
dan melontar segala hujah 2 penting
akan berusaha walaupun ianya sukar di tentang 
tapi akal lebih bijak untuk berjaya

13/12/2011

tiba2 aku merasa sedih ja bila semua dah selesai,
aku merindui 
biarlah rindui dihantar angin lalu sampaikepda mu wahai kekasih
dalam hidup ini hanya lah terdapat di hatiku walaupun kita berjauhan 
aku merasa denganmu ,
sayang tunggu kepulangan abang
apabila semua dah selesai
abang jumpa dik taw
abang sayang dan ridu sangat kat adik seorang
i love my sister love
see u again
dalam pertemuan semula

Ahad, 11 Disember 2011

doa jodoh kepada seseorang

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….


Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…


Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…


Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku, 

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…


Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..


Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…


Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S
Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik


Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).



Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.

Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.

Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41

doa jodoh

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,
Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…
Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.:
Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara.

Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kahwinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah.
Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu. (Shahih Muslim No.2485)

Khamis, 8 Disember 2011

doa pendekat jodoh


Pertama sekali baca surah Al Fatiha dan baca doa ini.



"Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati2 mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh)dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik2 pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala2nya"


Gantikan sebutan yang bertanda bulat (dia) kepada sebutan pada jodoh korang.
  • Contoh pertama - jika yang berdoa itu perempuan untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA kepada HU (dia lelaki dan sebutkan terus nama lelaki yg ingin korang di jodohan)
  • Contoh kedua - jika yang berdoa itu lelaki untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA (dia perempuan dan sebutkan nama perempuan yang ingin korang jodohkan)
  • Contoh ketiga - Jika ingin doakan untuk diri sendiri atau mereka atau kami, tukarkan kepada sebutan HA mengikut sebutan2 yang telah di berikan.
NA - kami, HUM - mereka, NI - saya  HU - dia (lelaki), HA - dia (perempuan)

Nota
Harapnya selepas ini semua sudah faham yer guys.. Sebaiknya lakukan doa ini selepas solat 5 waktu. InsyaAllah dengan izin-Nya akan termakbul.


P.S. Doalah demi cinta yang tulus agar dipercepatkan jodohnya. Restu kedua orang tua juga perlu dalam setiap hubungan agar jodoh kita berpanjangan dan sentiasa bahagia. Jika sebaliknya, mohon pada Allah agar dibukakan pintu hati untuk kedua2 orang tua untuk menerima pasangan hidup korang. InsyaAllah... Ehhh.. kalau sape yang sudah dapat JODOH tuh dan nak makan nasi minyak, reti2 ler email kad jemputan. Suka tengok couple bahagia. AMIN

Isnin, 23 Mei 2011

semangat untuk berjaya

“Kalau mereka boleh berjaya, saya pun boleh berjaya”
Inilah kata-kata yang sering dilafazkan oleh orang yang cemerlang dalam hidupnya. Apabila menghadapi masalah atau jalan buntu, mereka tidak mudah berputus asa kerana berkeyakinan bahawa kalau orang lain boleh buat sesuatu atau berjaya mengapa mereka tidak boleh.
Rujukan mereka ialah orang yang cemerlang yang telah membuktikan kehebatan diri. Tetapi bagi orang yang lemah pula ada tiga kemungkinan. Pertama mereka tidak ada rujukan mana- mana orang yang cemerlang. Keduanya kalau ada pun rujukan orang yang cemerlang, mereka merasakan mereka tidak mampu atau layak untuk berjaya seperti itu. Atau ketiganya rujukan mereka ialah rakan orang lemah sendiri.
Bagi merasionalkan kelemahan atau kemalasan mereka, orang ini akan berkata “kalau si dia tu sudah berusaha pun masih gagal, buat apa kita berusaha bersungguh-sungguh” .
Membangun Kepercayaan diri
Bagi sebahagian kita yang punya masalah rendahnya kepercayaan- diri atau merasa telah kehilangan kepercayaan diri, mungkin Anda boleh menjadikan langkah- langkah berikut ini sebagai proses latihan:
1. Menciptakan definisi diri positif.
Steve Chandler mengatakan, “Cara terbaik untuk mengubah sistem keyakinanmu adalah mengubah definisi dirimu.”
Bagaimana menciptakan definisi diri positif. Di antara cara yang boleh kita lakukan adalah:
o Membuat kesimpulan yang positif tentang diri sendiri / membuat pendapat yang positif tentang diri sendiri. Positif di sini ertinya yang boleh mendorong atau yang boleh membangun, bukan yang merosakkan atau yang menghancurkan.
o Belajar melihat bahagian-bahagian positif / kelebihan / kekuatan yang kita miliki
o Membuka dialog dengan diri sendiri tentang hal-hal positif yang boleh kita lakukan, dari mulai yang paling kecil dan dari mulai yang boleh kita lakukan hari ini.
Selain itu, yang perlu dilakukan adalah menghentikan persepsi diri negatif yang muncul, seperti misalnya saya tidak punya kelebihan apa-apa, hidup saya tidak berharga, saya hanya beban masyarakat, dan seterusnya. Setelah kita menghentikan, tugas kita adalah menggantinya dengan yang positif, konstruktif dan motivatif. Ini hanya syarat awal dan tidak cukup untuk membangun kepercayaan diri.
2. Memperjuangkan keinginan yang positif
Selanjutnya adalah merumuskan program / agenda perbaikan diri. Ini boleh berbentuk misalnya memiliki target baru yang hendak kita wujudkan atau merumuskan langkah-langkah positif yang hendak kita lakukan. Entah itu besar atau kecil, yang pentingnya harus ada perubahan atau peningkatan ke arah yang lebih positif. Semakin banyak hal-hal positif (target, tujuan atau keinginan) yang sanggup kita wujudkan, semakin kuatlah keinginan kita. Kita perlu ingat bahawa pada akhirnya kita hanya akan menjadi lebih baik dengan cara melakukan sesuatu yang baik buat kita. Titik. Tidak ada yang boleh mengganti prinsip ini.
3. Mengatasi masalah secara positif
Semangat juga boleh diperkuatkan dengan cara memberikan bukti kepada diri sendiri bahwa kita ternyata berhasil mengatasi masalah yang menimpa kita. Semakin banyak masalah yang sanggup kita selesaikan, semakin kuatlah motivasi diri. Lama kelamaan kita menjadi orang yang tidak mudah menyerah kalah ketika menghadapi masalah. Kerana itu ada yang mengingatkan, begitu kita sudah terbiasa merasa pasrah atau kalah, ini nanti akan menjadi kebiasaan yang membuat kita seringkali bermasalah.
4. Memiliki dasar keputusan yang positif.
Kalau dibaca dari praktis hidup secara keseluruhan, memang tidak ada orang yang selalu yakin atas kemampuannya dalam menghadapi masalah atau dalam mewujudkan keinginan. Orang yang sekelas Mahatma Gandhi saja sempat goyah ketika tiba-tiba realiti berubah secara tak terduga-duga. Tapi, Gandhi punya cara yang boleh kita tiru:
“Ketika saya putus asa maka saya selalu ingat bahwa sepanjang sejarah, jalan yang ditempuh dengan kebenaran dan cinta selalu menang. Ada beberapa kejahatan dan pembunuhan yang sepertinya menang tetapi akhirnya kalah. Fikirkan ucapan saya ini, SELALU”. Ertinya, kepercayaan Gandhi tumbuh lagi setelah mengingat bahwa langkahnya sudah dilandasi oleh prinsip- prinsip yang benar.
5. Memiliki model / teladan yang positif
Yang penting lagi adalah menemukan orang lain yang boleh kita contohi dari segi kepercayaan dirinya. Ini memang menuntut kita untuk sering membuka mata melihat orang lain yang lebih bagus dari kita lalu menjadikannya sebagai teladan atau idola. Demikian pentingnya peranan orang lain ini, ada yang mengatakan bahwa kita boleh memperbaiki diri dari dua hal:
a) pengalaman peribadi (life experiencing) dan
b) duplicating (mencontoh dan mempelajari orang lain).

Rabu, 27 April 2011

cara mencari cinta sejati

Tips Cara Mendapatkan Cinta Sejati Dan Jangan Sakiti Hati Orang Lain Dengan Cinta Palsu

Cinta adalah anugerah dari Tuhan yang maha esa yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Cinta antara laki-laki dan perempuan telah ada sejak manusia pertama turun ke dunia hingga sekarang. Cinta merupakan bumbu penyedap hidup yang sementara ini yang dapat memberikan kebahagiaan yang sejati.
Cinta memang dapat membawa suka dan juka dapat membawa duka bagi orang-orang yang merasakannya. Berbagai problema cinta tercipta dari yang ringan hingga yang berat seperti naksir, cinta pada pandangan pertama, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta segi tiga, cinta monyet, cinta harta, cinta palsu, cinta laura, dan cinta-cinta lainnya yang membuat dunia ini begitu menarik.
Menurut saya cinta itu adalah sesuatu yang sakral yang sebaiknya tidak bermain-main dengannya. Bermain cinta memang menyenangkan bagi sebagian orang. Akan tetapi dampak buruk atau efek yang dapat ditimbulkan bagi orang yang cintanya dimainkan akan sangat tidak menyenangkan.
Untuk itulah maka hargai cinta dan hormati cinta agar kita maupun orang lain di sekitar kita tidak terluka karena cinta. Berikut ini adalah tips cara dari organisasi.org bagaimana caranya agar kita bisa menikmati cinta tanpa harus melukai orang lain.
1. Jangan jadi playboy/playgirl dan hindari playboy/playgirl
2. Jika tidak suka atau biasa saja jangan pacari orang itu, pdkt dulu
3. Katakan cinta jika kita yakin dia adalah pasangan hidup kita
4. Cinta dan nafsu birahi adalah dua hal yang berbeda (no free sex)
5. Carilah orang yang baik, setia, jujur dan cinta kepada kita
6. Jangan pacaran/menikah sebelum dewasa (21 tahun ke atas)
7. Kejarlah cinta sampai ke negeri Cina, berjuanglah demi cinta
8. Berbagilah cinta dengan orang-orang di sekitar kita
9. Cinta tidak harus memiliki. Lupakan dan coba lagi bila gagal
10. Bina cinta yang ada hingga nafas terakhir selamanya
11. Jangan pernah sakiti orang yang kita cintai dengan alasan apapun
12. Cinta sejati tidak dapat dibeli dengan uang tapi pengorbanan
13. Tuhan telah memberikan anda jodoh, temukanlah cinta anda
14. Cinta harus direstui agama, hukum, keluarga & masyarakat
Jangan pernah menyakiti hati orang lain baik bagi laki-laki maupun perempuan karena mereka memiliki akal pikiran, perasaan dan insting sehingga mereka akan patah hati dan terluka jika kita mengecewakannya. Orang yang rapuh dapat mati bunuh diri karena cinta. Orang yang dendam dapat melakukan tindakan kriminal atau perbuatan tidak menyenangkan kepada anda karena cinta. Oleh karena itu berhati-hatilah dengan cinta.
Semoga hidup anda menjadi indah dengan cinta.

Sabtu, 23 April 2011

aku minat dia

Aku Minat Kepada Dia... PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Friday, 08 April 2011
          Apabila anda telah menemui calon pasangan hidup yang dirasakan sesuai, agaknya apakah cara yang ditunjukkan oleh Islam untuk melamarnya? Sebelum ini kita telah mengetahui dengan budaya orang Barat melalui filem-filem mereka, bahawa pihak lelaki akan turun berdiri di atas sebelah lututnya menghadap calon wanitanya, membuka bekas yang tersimpan kemas sebuah cincin berlian lalu melamar: “Will you marry me?” Calon wanita akan menjawab: “Yes I do!” Kemudian mereka akan berpelukan dan berciuman tanda kegembiaraan.marryme.jpg
          Tentu saja para pembaca yang budiman sekalian tidak akan melamar dengan cara di atas sebab pelukan dan ciuman adalah haram di antara lelaki dan wanita selagi mana mereka belum bernikah. Lalu apakah cara yang ditunjukkan oleh Islam? Insya-Allah melalui artikel ini saya akan berkongsi cara-cara, dimulakan dengan cara lelaki melamar calon isterinya.
M 
Lelaki Melamar Calon Isteri.
          Cara pertama lagi yang terbaik ialah lelaki melamar melalui wali – yakni ayah – calon isterinya. Lelaki akan menemui wali secara berhadapan (face to face) lalu meminta izin dan keredhaan beliau untuk menjadikan anak perempuannya sebagai isteri. Cara ini ditunjukkan oleh Rasulullah apabila baginda ingin menikahi A’isyah binti Abu Bakar. Rasulullah pergi menemui ayahnya – Abu Bakar as-Shiddiq – lalu menyatakan hajatnya untuk menikahi puteri beliau – A’isyah. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, hadis no: 4691.
          Cara kedua, lelaki menggunakan orang tengah untuk melamar terus kepada calon isterinya. Cara kedua ini sesuai jika wanita tersebut sudah dewasa atau janda berbanding cara pertama yang sesuai untuk wanita muda atau masih dara. Cara kedua ini ditunjukkan oleh Rasulullah apabila baginda ingin menikahi Umm Salamah. Baginda mengutuskan Hathib bin Abi Balta’ah untuk melamar Umm Salamah yang ketika itu baru kematian suaminya. [Shahih Muslim, no: 1525]
 M
Wanita Melamar Calon Suami.
          Islam membolehkan wanita mengorak langkah pertama untuk melamar calon suami yang dirasakan sesuai. Wanita Islam tidak semestinya duduk dan tunggu lelaki datang melamarnya, bagaikan menunggu jodoh datang bergolek kepadanya.
          Cara pertama lagi terbaik ialah memintakan wali – yakni ayah – untuk melamar calon suaminya. Cara ini pernah ditunjuk oleh al-Qur’an, ketika seorang ayah berkata kepada Nabi Musa: “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini.” [al-Qashash 28:27] Ayat di atas menunjukkan bagaimana seorang wali melamarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki. Oleh itu jika seorang wanita itu ingin melamar calon suaminya, dia boleh – malah patut – meminta agar walinya melamar calon suami tersebut.
          Cara kedua ialah meminta orang tengah untuk melamar calon suami. Ini merujuk kepada tindakan Rasulullah yang menggunakan Hathib bin Abi Balta’ah untuk melamat Umm Salamah. Penggunaan orang tengah bukan sahaja bagi lelaki melamar calon isteri tetapi boleh juga bagi wanita melamar calon suami.
          Apabila memilih orang tengah, pilihlah orang yang berpengalaman dalam hal ehwal rumahtangga, pandai memberi nasihat, mengenali calon yang bakal dilamar dan amanah menjaga rahsia. Ciri-ciri ini membolehkan orang tengah tersebut menilai sama ada lamaran yang dicadangkan itu sesuai atau tidak dan apa-apa perkara-perkara tambahan yang perlu diperhatikan oleh kedua-dua bakal suami-isteri. Jangan memilih orang tengah yang sebarangan, dibimbangi mudarat melebih manfaat dalam proses lamaran tersebut.
          Cara ketiga ialah wanita melamar terus calon suaminya. Sahl bin Sa’ad menerangkan bahawa seorang wanita pernah datang menawarkan dirinya menjadi isteri Rasulullah. Rasulullah tidak menerima lamaran tersebut, namun tidak menegur atau menasihati sikap wanita tersebut yang dengan berani melamar terus kepada baginda. [Shahih Muslim, no: 2554]
          Mungkin ada yang berpendapat seorang wanita patut memiliki sikap malu untuk melamar terus calon suaminya. Pendapat ini perlu dibetulkan bahawa seseorang itu tidak sepatutnya malu-malu melakukan apa yang halal lagi dibolehkan oleh agama. Sikap malu hanyalah terhadap apa yang dilarang dan ditegah oleh agama. Berkenaan sikap malu ini, Anas bin Malik menerangkan:
          “Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada baginda (untuk dijadikan isteri).” Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah anda berhasrat padaku?” Anak perempuan Anas (yang turut hadir saat itu) berkata: “Alangkah sedikitnya rasa malu dia.” Anas berkata: “Wanita itu lebih baik berbanding kamu sebab dia suka kepada Nabi sehingga dia menawarkan dirinya kepada baginda.” [Shahih al-Bukhari, no: 4726]
          Oleh itu seorang wanita boleh melamar terus kepada calon suaminya jika dia yakin tindakannya itu akan tetap menjaga maruahnya dan lamaran tersebut akan diberi pertimbangan serius oleh calon lelaki tersebut. Sebaliknya jika lamaran secara terus akan menjadikan wanita itu sebagai subjek gossip dan lawak jenaka, maka lebih baik beralih ke cara pertama dan kedua yang diterangkan di atas.
 M
Konflik Ibubapa.
          Agak kerap kita mendengar dua insan yang ingin berkahwin menghadapi rintangan ibubapa. Ibu atau bapa dari salah satu atau kedua-dua pihak tidak setuju dengan calon pilihan anak mereka. Mengapakah ini berlaku? Salah satu sebab utama ialah anak-anak membuat keputusan memilih calon dan melamarnya menjadi pasangan hidup tanpa pengetahuan, perbincangan dan keredhaan ibubapa terlebih dahulu. Ibubapa hanya dibawa masuk setelah semua pilihan, lamaran dan keputusan dibuat.
          Sikap seperti ini oleh anak-anak – sekali pun mereka sudah dewasa – menyebabkan ibubapa merasakan diri mereka tidak dihormati apatah lagi dipedulikan. Maka ini sedikit sebanyak menyumbang kepada keberatan mereka untuk menerima calon pilihan anak mereka sebagai bakal menantu.
          Atas dasar inilah Islam sejak awal mengajar anak-anak peranan wali dalam lamaran. Sekali pun anak-anak boleh melamar secara terus, ia lebih tertumpu kepada kes anak yang sudah berpengalaman dalam hidup seperti duda dan janda. Ada pun bagi kebanyakan orang muda, maka melamar melalui wali calon pasangan adalah cara yang terbaik lagi memudahkan segala urusan selepas itu.

tujuan berkahwin


1.      Mengikuti sunnah Nabi.
2.      Menjaga pandangan dan memelihara kehormatan diri.
3.      Melahirkan anak-anak yang soleh.
4.      Membentuk keluarga dan rumah tangga Muslim.
5.      Menghiburkan hati dan mendapat ketenangan.
6.      Menghubungkan silaturrahim.
7.      Memenuhi tuntutan naluri dan biologi.